twitter


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, yang melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga buatku dan juga seluruh makhluk ciptaanya. Istimewa lagi kerana kita semua dikurniakan nikmat Islam dan Iman membezakan darjat kita berbanding orang yang berpaling kepadaNYA.
Semoga cerita yang ingin ana kongsikan pada saat ini boleh menjadi pengajaran buat diriku dan juga teman-teman seperjuangan khususnya para da’e, naqib atau naqibah dan juga orang yang ingin menegakkan dan melebarkan syiar Islam dimana-mana.

Lebih kurang dua minggu lalu aku mendapat mesej dari Fb aku... sesuatu perkara yang biasa bagi aku mendapat mesej dari orang aku tidak kenali. Tetapi hamba Allah ini yang mengelarkan dirinya Humaira (bukan nama sebenar) bersungguh-sungguh agar membantunya dan dia menyertakan no phonenya sekali. Dengan berat hati aku meninggalkan no aku disitu dan hanya mampu bersangka baik dia ingin bertanyakan tentang hal agama sahaja.

Dia memberitahuku agar membimbingnya kembali dekat kepada Allah. Humaira memberitahuku bahawa dia mempunyai masalah dalam bab tauhid yang mana dia sering membayangkan Allah ini seperti makhluk, dia cuba menepis perasaan itu sehinggakan adakalanya dia menjerit-jerit untuk menafikannya. Sehinggalah disekolah pun dia menjerit kerana tidak mampu untuk menahannya. Yang paling menyedihkan ku apabila ada orang yang mengatakan dia sedang gila...

Allah....Allah...moga Allah mengampunkan dosannya kerana untuk mentauhidkan Allah. Ketika di sekolah dia tidak akan masuk kelas yang bersubjek tauhid, syariah dan Al Quran wa sunnah kerana ia akan menjadi tidak tentu arah memikirkan ketauhidan Allah.

Dia ada memberitahuku kerana masalah yang dia hadapi ini membuatkan dia meninggalkan solat waktu kerana kurang yakin akan Ilahi. Aku tersentak mendengarnya kerana Humaira meninggalkan sejak sekian lama. Bila aku bertanya sejak bila, dia menyatakan sejak tahun lepas...Allah..Allah... moga Allah mengampunkan dosanya yang lalu.

Tetapi yang membuat ku tersentuh apabila dia masih tidak meninggalkan Alquran dan kerana kecintaanya terhadap Al quran dia sudah mampu menghafal 10 juzuk dan juga masih berpakaian seorang muslimah yang solehah. Hanya jiwanya sahaja yang merana kerana sering diganggu oleh persoalan-persoalan yang tidak terjawab mengenai Keesaan Allah. Bermula saat itu aku cuba bantu setakat yang termampu kerana aku sememangnya agak sukar untuk menjawab bila diajukan persoalan mengenai bab Aqidah kerana ianya jika tersilap langkah boleh menjadi lain.

Lebih kurang 3 hari, aku mendapat satu pesanan ringkas daripada sahabatnya bahawa Humaira tidak mahu makan dan hanya duduk diatas sejadah sambil bertemankan sejug air. Air tersebut untuk kegunaannya membaca Alquran... hampir dua kali khatam alquran dan humaira sentiasa bersujud kepada Allah tanpa menghiraukan makan dan minum kerana dia mengatakan, dia tak layak nak makan rezeki Allah kerana selama ini dia merasakan dirinya angkuh kerana tidak mahu menunaikan solat.

Hidupnya seharian hanya bertemankan tikar sejadah dan masanya dihabiskan dengan membaca kalamullah sahaj tanpa henti. Saat itu hanya sahabatnya yang bertanya kepadaku apa yang harus dia lakukan kerana risau melihat keadaan Humaira yang semakin hari semakin tidak mengendahkan sesuatu melainkan beribadah kepada Allah tanpa henti. Walaupun sudah dinasihati dia tetap berdegil untuk terus mendekatkan diri pada Allah. Akibat dari duduk dan sujud yang lama menyebabkan kakinya bengkak kerana takutkan Allah siang dan malam..subhannallah...

Pada hari terakhir dia ingin bertemu Tuhannya...seorang Ustazah telah menemuinya kerana melihat keadaannya yang begitu merisaukan. Pada malam itu Humaira telah memohon maaf kepada semua orang disekelilingnya menandakan ajalnya sudah dekat tanpa dapat dibaca oleh orang disekelilingnya.

Jam 1:49 am aku telah mendapat satu pesanan ringkas darinya.
“salam...ana nak minta maaf coz susahkan ikhwan...halal kan ilmu ikhwan pada ana.. Ampun kan dosa yang ana wat pada anta.. Hanya Allah je yang dapat balas jasa ikhwan..ana doakan ikhwan agar Allah mempermudahkan segala urusan ikhwan..Alhamdulillah ana semakin tenang dan ana sedia lau Allah nak amik nyawa ana.. hati ana sangat tenang..time kasih atas tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan ikhwan..tp mungkin ana x dapat dan x sempat nak baca novel tu.. sebelum kita berpisah ana minta ikhwan berikan ana sepotong ayat al quran yang menjadi mentor ikhwan”

Jam 6:53 am aku mendapat satu pesanan ringkas dari sahabatnya.
“salam...Humaira dah kembali ke rahmahtullah...tadi pagi dalam sujud solat subuh..”

Aku hanya tidak sempat membalas mesejnya kerana aku baru melihat mesej tersebut sudah agak lewat. Dan saat itu dia telah kembali kerahmatullah...saat aku membalas mesej Humaira aku masih tidak melihat pesanan yang dihantar oleh sahabatnya... dan ayat yang aku ingin hantar kepadanya adalah surah ad zariyyat ayat 56.

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”

Aku tersentak sebentar dan hanya firman Allah yang menjadi jawapan buat diriku

" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasi mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"
Surah Al.Anbiyaa' :35

Aku mendapat lagi satu pesanan ringkas yang menyatakan keadaan Humaira lebam-lebam ditubuhnya serta merta hilang, jenazahnya berbau harum dan wajahnya dihiasi dengan cahaya...
Subhannallah yang maha kuasa menghendaki dan memuliakan hambanya yang ingin bertaubat dan dekat kepada Allah.

Saat aku menulis ini, saat inilah jenazahnya sedang diuruskan untuk dikebumikan, kerana aku tidak pernah mengenali dan bersua dengannya.. hanya dalam masa lebih kurang 2 minggu aku mengenalinya hanya berinteraksi secara maya. Ya Allah moga Engkau menempatkan dia dikalangan orang yang soleh dan engkau redhai.

p/s: saat aku cuba berkongsi ilmu Allah dengannya, memang banyak ujian yang aku hadapi dengan kerenah yang tidak menentu, aku seperti sudah putus asa saat kata-kata darinya seperti menyalahkanku apabila dia tidak dapat menerima dan melakukannya. Tetapi aku cuba tabahkan dan sabar dengan ujian itu kerana aku yakin, ketika Rasulullah menemui madu’ nya adalah lebih jerih dan merana untuk menanamkan Islam dikalangan umat-umatnya.

Buat para da’i janganlah kita berputus asa dalam menanamkan roh Islam dihati orang-orang yang menginginkannya, mungkin bagi kita tidak penting tapi buat mereka amat penting. Insyallah kemenangan buat kita diakhirat kelak...

Salah satu penguat semangat saat bertemu madu’ adalah kata-kata seorang Imam mujtahid iaitu:
“Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANLAH beerti akulah yang TERBAIKdalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku jugaPERNAH MELAMPAU BATAS untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, necaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH…
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Imam Hasan al Basri-

Aku bukan seorang penulis yang baik, tapi aku menulis kerana aku merasakan iannya perlu untuk kesedaran umat Islam...ila liqa Wassalam
Saturday 24 March 2012 | 0 comments | Labels:

0 comments:

Post a Comment